Kebiasaanya apabila kita mengangkat barang yang berat, jarang kita perhatikan samada postur kita betul atau tidak. Salah angkat, prapppp! pinggang tergeliat.
Ini adalah cara postur yang betul semasa mengangkat barang berat.
1) Berdiri sedekat mungkin dengan barang yang hendak diangkat.
2) Turunkan badan dan rapatkan badan dengan barang.
3) Pastikan semasa mengangkat, tulang belakang hampir menegak. Dalam posisi mendada.
4) Gunakan kekuatan kedua belah kaki untuk mengangkat keatas. Posisi abdomen sentiasa menegak semasa mengangkat.
5) Pastikan barang tidak menghalang pandangan semasa mengalihkannya ke satu tempat yang jauh.
Kesilapan ramai orang adalah menggunakan kekuatan abdomen untuk membengkokkan badan lalu mengangkatnya keatas. Tekanan berlebihan tertumpu pada tulang belakang dan ini boleh menyebabkan pinggang tergeliat.
Walaubagaimanapun kebiasaannya pada saiz badan orang Asia, 25 kg adalah maksimum pengendalian berat bagi lelaki dewasa secara manual, juga 19 kg bagi perempuan dewasa. Tetapi hal ini berbeza beza pendapat antara pakar-pakar kerana saiz manusia berbeza-beza tinggi dan beratnya. Secara kasarnya, boleh juga dikiran 1/3 daripada berat badan pengangkat adalah maksimum berat yang boleh diangkat bermakna bagi lelaki dewasa yang berat nya 75 kg, maksimum yg boleh diangkat adalah 25 kg.
No comments:
Post a Comment